Join MultiplyOpen a Free ShopSign InHelp
MultiplyLogo
SEARCH
Blog EntryJul 11, '07 1:18 PM
for everyone

Permulaan sebuah Krew Pengakap Kelana bukanlah suatu perkara yang mudah. Ini adalah kerana ia melibatkan anggota yang berbilang bangsa dan agama. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti untuk mendaftarkan sesebuah Kumpulan Pengakap Kelana.

Langkah Pertama

Mengadakan suatu perjumpaan di antara mereka yang ingin menjadi Pengakap Kelana. Mendapatkan nama penuh dan butiran peribadi mereka. Jika boleh, jemput Pesuruhjaya Pengakap Daerah atau Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah (Kelana) menghadiri perjumpaan ini. Menerangkan kepada mereka tentang tujuan dan aktiviti Program Latihan Pengakap Kelana.

Langkah Kedua

Mendapatkan seseorang yang berusia 26 tahun dan ke atas yang berminat dan bertanggungjawab untuk dilantik menjadi Penasihat Krew Pengakap Kelana. Sekiranya terdapat ahli-ahli perempuan dalam Krew tersebut, seorang Penolong Pemimpin Wanita hendaklah dilantik.

Langkah Ketiga

Dapatkan kebenaran Pesuruhjaya Pengakap Daerah, untuk menubuhkan Krew Pengakap Kelana tersebut.

Langkah Keempat

Melengkapkan borang-borang yang berkenaan. Menyerahkan borang tersebut kepada Pesuruhjaya Pengakap Daerah untuk dikemukakan kepada Pesuruhjaya Pengakap Negeri. Menjalankan satu perjumpaan khas: Setiap ahli diberi buku panduan Pengakap Kelana Melantik ahli jawatankuasa Menetapkan satu hari untuk menjalankan mesyuarat Krew.Menetapkan yuran Krew.

Langkah Kelima

Sekiranya Krew tersebut ditubuhkan di sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT) atau syarikat, dapatkan penganjur untuk mengisi jawatan Majlis Jawatankuasa Kumpulan.

Langkah Keenam

Dapatkan borang pendaftaran dan permohonan tauliah pemimpin daripada Pesuruhjaya Pengakap Daerah ataupun Ibu Pejabat Pengakap yang berhampiran. Borang yang lengkap hendaklah diserahkan kepada Pesuruhjaya Pengakap Daerah berserta yuran pendaftaran.


890114015233 wrote on Aug 8, '08, edited on Aug 8, '08
assalamualikum.....
saya dari kota tinggi,johor..
ape khabar tuan??
saya ingin bertanye pada tuan..
boleh kah tuan mengajar saya bagaimana hendak menubuhkan..1 crew ahli pengakap kelana...
adakah memerlukan seorang pemimpin???
ayubtulakang wrote on Sep 22, '08
waalaikumsalam...maaf saya lambat reply...tak perasan... berkenaan dgn penubuhan unit pengakap kelana...adalah lebih baik saudara terus berhubung dengan Pesuruhjaya Pengakap Daerah dimana saudara berada. Berkenaan dgn pemimpin tu..memang setiap unit pengakap yg diwujudkan mesti ada pemimpin. Berkenaan prosedur penubuhan....saudara boleh rujuk nota di atas sebagai panduan penubuhan unit ini.
lastexileworld wrote on May 9, '09
salam..saya pengakap kluang.nak tanye skit berkenaan kelana. ade x istilah meng'aktif'kan semula kelana yang sudah lame tidak bergerak aktif? kalau ade, ape yang perlu sy lakukan..kami cuba untuk x mendaftar satu krew baru. tapi kalau pendaftaran baru adalah lagi mudah daripada mengaktifkan semula kelana lama, kami akan cube membuat pendaftaran baru.
izud wrote on Oct 16, '10
salam.. saya ialah salah seorang dari ahli pengakap.. sebelum ini saya banyak menyikuti perkhemahan yang dianjurkan oleh ppm.. sekarang ini saya sudah berumur 24thn.. bekerja di subang jaya.. saya masih berminat untuk menyertai pasukan ini.. boleh x sahabat sekelian komen?? x dapat jadi pengakap kelana, jadi pengakap diraja pon jadi lah.... ape yang perlu saya lakukan..
Add a Comment
   
© 2012 Multiply · English · About · Blog · Terms · Privacy · Corporate · Advertise · API · Help · Sitemap

Template design - Copyright © 2005 sonnenvogel.com All rights reserved.